Wednesday, March 11, 2015

D.I.Y business card / blog card katanya.

Assalammualaikum.

Semalam aku dapat email, hari Sabtu ni aku dijemput untuk pergi ke satu event untuk blogger-blogger. Then dalam email tu aku dikehendaki bawak blog cards. Puaslah aku fikir apa menatang blog cards tu. Rupanya blog cards tu macam business card lah tapi tak ada lah letak semua detail dalam tu. Just letak apa yang boleh je, yang penting URL blog kau ada. 

Aku ni mana lah pernah pergi event-event bagai. Yelah iolls ni kan bukannya bolgger femes macam Namee Roslan and Fatin Liyana tu. Sendu je lebih. Buat entry pun syok sendiri je, macam ada orang nak baca kan. So kelam-kabut lah jadinya call supplier nak tanya pasal business card. Then result dia semua mengecewakan sebab dorang semua tak sempat siapkan business card dalam masa 3 hari ni. Means hari Jumaat lah, yelah kan nak pakainya hari Sabtu ni. Haa padan lah muka aku kan. Event nya hari Sabtu tapi baru sekarang terhegeh-hegeh nak prepare macam-macam. 

Dah mengadu-ngadu dekat kakak opis, menyatakan kesedihan yang sedang melanda, then ada officemate aku ni, Safura volunteer nak design kan blog card aku. Aku memang terus setuju je lah kan. Tak ada nak demand lebih-lebih pun. Nak cantik-cantik ke, nak kad kilat-kilat ke. Memang aku tak demand langsung. Ada orang nak tolong design pun aku dah sangat-sangat bersyukur tau. Ok dekat sini aku macam pelik sikit dengan perangai aku ni sebab selalunya kalau aku nak mintak orang buat, macam-macam aku demand. Maybe dah matang sikit kot, yelah nak kahwin kan tak lama lagi. Ehh tetibe ! Hahaha.


So jeng jeng jeng jeng, inilah hasilnya lepas Safura berhempas-pulas design blog kad aku. Aku memang nak simple je and kalau boleh nak blog card tuh ada unsur-unsur warna pink and polka dot sikit. Haaa sama lah macam tema blog aku ni kan. Mih mih mih.




Kertas nya pakai ivory card je. Alah A4 paper yang keras tu. Jimat sungguh jimat. Design pun pakai Microsoft Words je. Muahahaha senang giloss nak buat tapi aku malas. Nasib baik Safura rajin.





Lepas dah digunting, aku malas nak rotate kan gambar ni. Biar korang teleng-teleng kepala tengok gambar atas ni. Barulah surprise sikit nak tengok kan. Padahal nan hado pun. Bajet macam ada orang nak tengoklah kan. Hehehehe




Memang gigih lah kan print depan belakang. Aku ni bila dah senget-senget print tu mulalah rasa nak give up je. Nasib baik lah ada Safura, dia lah yang tolong design kan, tolong print kan. Tolong adjust mana-mana yang senget. Phewww nanti aku bagi hadiah kahwin besar ehh Sapura. Huhuhu






Time blog card ni siap pun dah malam, and kitorang pun ada inventory malam tu. Memang tak sempat lah nak gunting semua kan. Tapi tadi ada office mate yang baik hati nak potong semua blog card ni. 
Thanks Effy !

Satu masalah dah selesai. Sekarang ni aku pening pulak nak pakai baju apa. Aduhai. And kalau pergi event-event yang melibatkan blogger-blogger ni mesti kena tangkap gambar banyak-banyak kan. Satu masalah lagi timbul, Power bank aku rosak ! Uwaaaaaa mengada-ngada lah semua nak rosak time ni. Esok aku nak beli jugak power bank walau macam mana pun. So sekarang ni dah ada dua masalah pulak timbul. Tak tahu nak pakai baju apa and nak cari power bank baru. Eiii sendu betul lah kau ni Azreen Zunairah. 

Oklah bye !

Jom beli tiket Konsert Jamal Abdillah featuring Zamani Slam. Kenangan sepanjang zaman.

Assalammualaikum !

Sesiapa yang pernah hidup dengan mendengar lagu-lagu Jamal Abdillah dan Zamani Slam mesti akan teringat and senyum sorang-sorang kalau tiba-tiba je terdengar lirik lagu macam ni :

Mari menyusun seroja
Bunga seroja ah... ah...
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja ah... ah...

Rupa yang elok
Di manja jangan dimanja ah... ah...
Puja lah ia oh saja
Sekadar saja

Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati binggung
Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati binggung
Janganlah engkau percaya dengan asmara
Janganlah engkau percaya dengan asmara


Haaa tahu kan siapa yang nyanyi. Tipu sangat kalau tak dibesarkan dengan lagu-lagu Seroja nyanyian Jamal Abdillah ni. Kalau budak-budak sekarang pun mesti tahu siapa yang lagu ni kan. Yelah Akademi Fantasia kan ada, Mentor kan ada, so memang kita akan dengar balik lagu-lagu lama dinyanyikan semula. Kan kan betul tak cakap aku. Huhuhu





Ok now aku nak letak lirik lagu ni pulak, agak-agak boleh tahu tak siapa yang nyanyi. Saja nak suruh korang segar-segar kan otak petang-petang ni. Tahu dah kenyang and mengantuk lepas makan tengah hari tadi kan. Jom jom teka :-


Kusangkakan panas berpanjangan
Rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang
Dalam tak sedar ku kebasahan

Pernah juga kau pinta perpisahan
Aku sangkakan itu hanyalah gurauan
Nyata kau serius dalam senyuman

Reff:
Bukan sekejap denganmu
Bukan mainan hasratku
Engkau pun tahu niatku
Tulus dan suci
Senang benar kau ucapkan
Kau anggap itu suratan
Sikit pun riak wajahmu
Tiada terkilan

Aku tahu tu korang tengah gerak-gerak kan mulut nyanyi leteww. Saja nak test tahu ke tak siapa yang nyanyi lagi ni kan. Jangan tipu tak tahu langsung, Zamani Slam kot ! Aku bagi jawapan siap-siap. Huhuhu




Aku ni memang peminat setia Jamal Abdillah and Zamani sangat-sangat. Ini semua sebab emak aku lah. Bila dalam kereta, setiap kali ada lagu Jamal or Zamani mesti dia suruh aku kuatkan radio. Dah dengan-dengan aku sekali terjebak berkaraoke dalam kereta. Orang kereta sebelah dah pandang pelik je dengan kitorang. Muahahaha ada aku kisah.

Disebabkan nak penuhi impian korang yang aku tahu memang minat lagu-lagu Jamal Abdillah dengan Zamani Slam ni, The Royale Bintang Resorts & Spa Seremban ada anjurkan Konsert Gemilang Dato' Jamal Abdillah bersama Zamani Slam. Rugi tau kalau korang tak beli sebab bukan senang nak tengok retiss idola korang live depan mata. 



Tiket ada macam-macam jenis, kalau rasa nak duduk jauh sebab malulah kalau Abang Jamal pandang-pandang kan, boleh lah beli tiket yang berharga RM 100 je. Mengada-ngada sangat kan.  Kalau rasa nak tengok Jamal and Zamani dekat-dekat tapi still lagi ada perasaan malu, boleh lah beli tiket yang mahal sikit RM150 hengget je. Then kalau betul-betul semangat nak tengok depan-depan Abang Jamal and Zamani, aku cadangkan beli tiket harga RM350 terus. Best tau !

Aku rasa dah murah sangat harga-harga tiket ni semua. Kalau beli dekat tempat lain, rasanya tak dapat harga macam ni kot. So kepada sesiapa yang nak beli tiket konsert Jamal Abdillah ni boleh je contact nombor-nombor yang tertera dekat atas tu. Tak pun nak lagi senang, boleh contact aku je dekat nombor telefon dibawah ni :


Azreen Zunairah
017-2095507

Oklah bye !