Wednesday, December 17, 2014

Day 1 Challenge- Gambar terbaru dan 5 fakta tentang diri saya

Assalammualaikum !

Mengada-ngada sangat tau nak buat challenge bagai kan. Sebenarnya benda ni dah lama pun aku peram dalam dashboard ni. Asyiklah jadi draft, malas lah katakan. Huhuhu. Actually 30 days blog challenge ni telah di invite oleh salah seorang kawan blog jugak. Jom kita tengok apa challenge dia?




Haaa nampak tak nampak tak ? Boleh baca kan apa yang dia nak. Sebenarnya rasa malas je nak buat tapi bila aku fikir balik, dengan cara ni je blog aku akan terupdate. And aku pun akan jadi rajin nak menjengah blog yang hitam legam ni. Sejak dua menjak ni tak tahu lah kenapa rasa malas tu melampau sangat. Maybe stress nak exam kot. Uwaaaa tak lama je lagi nak exam, rasa macam baru je masuk semester baru. Dah nak final exam balik. Hoi hoi yaa hoi !

Jom kita pergi challenge untuk hari pertama: Gambar terbaru dan 5 fakta tentang diri saya.

Aku kalau bab gambar-gambar ni memang suka. Yelah kan, memanjang nak selfie je. Tunggu traffic light hijau selfie, nak makan selfie, nak minum pun siap selfie. Nasib baik tak selfie dalam bilik air. Sebab tu lah dalam blog ni, hakak banyak letak gambar syok sendiri kan. Huahuahuahua. 


Haaa nampak tak tudung kedut-kedut tu? Kalau tak silap aku ni gambar 2 hari lepas kot. Punyalah mengada-ngada tengok tutorial shawl dekat Youtube. Lepas tu gigih pergi cari balik shawl-shawl yang dah lama tak pakai then ikut tutorial tu semua. So ni lah hasilnya yee. Tudung yang tak iron, duduk dalam bilik sorang-sorang, kunci pintu bilik siap-siap lepas tu kita selfie ! yeaahhhh.

Hari ni pulak rasa boring tak tahu nak pakai tudung apa, setiap kali waktu pagi je mesti stress sebab tak tahu nak pakai apa untuk pergi office. Padahal melambak je baju yang boleh pakai. Ni lah masalah besar perempuan, belum cerita lagi pasal pin tudung yang selalu hilang. Beli je mesti nak hilang, dah lah cinonet. Aku ni dah lah rabun, memang meraban lah nak cari pin tu semua. Last-last pergi bilik mak, rembat pin tudung emak pulak. Huahuahua. 

So berbalik kepada topik stress nak cari baju untuk pakai pergi office, baju apa nak pakai dah jumpa dah, lepas tu stress balik sebab tak tahu tudung apa nak pakai, so decide nak pakai tudung yang heboh semalam bertutorial bagai. Hehehehe.



So inilah aku pada hari ini ye. Tapi ni masa pagi, dalam kereta before nak pergi kerja. Sekarang ni tudung dah senget benget dah. Menyampah je. Memang tutorial ni sesuai untuk pakai kejap-kejap je kot. Aiisshhh !

Lima fakta menarik tentang diri aku (Uweekk menarik sangat kan..hahaha ) :-

Suka sangat makan benda manis 
Aku tak tahu lah aku ni ikut siapa. Suka bebenor makan manis. Sebab tu senyuman pun manis. (Ehhh mata keatas, tangan dibahu). And sebab tu jugak badan ni cepat je naik, lepas tuh heboh bising-bising dekat emak aku yang badan makin naik. Ok start tahun depan berazam nak kurus ! Ehh motif sangat.

Anak sulung dari empat beradik
Haaa aku memang anak sulung, dan aku je lah satu-satunya peempuan. Sebab tu perangai aku ni gangster-gangster sikit, sebab hari-hari main sepak-sepak dengan adik-adik lelaki yang lain. Tapi iollss tetap jadi kakak yang paling disayang. Wekk muntah ! Disayang bila takda duit mintak kat aku, nak pergi mana-mana suruh aku drive, kredit habis suruh aku topupkan. Memang sayang sangat.

Sangat meminati lelaki yang berkulit putih or jambu, senang cerita macam K-pop lah
Haa ni kalau tunang aku dengar, sentap lah dia. Tapi dia pun tak heran dah. Setiap kali tengok cerita Korea, bila aku jerit-jerit omaigod omaigod handsomenyaaaa ! Dia buat muka selamba je pandang aku, siap kentut lagi adalah. Cisss !

Sangat suka masak and kemas dapur, tapi semua tu berlaku bila ada mood.
Aku kan ambik tempahan kek secara part-time ni, so aku memang pantang kalau dalam sinki tu melambak-lambak pinggan mangkuk yang tak basuh lagi. Disebabkan itu, aku dengan rela hati basuh pinggan mangkuk tu semua. Tapi cuma bila aku ada tempahan kek, or adik or mak aku or ayah aku request nak makan something yang aku masak. So kiranya pemalas jugaklah aku ni kan. Masak and kemas bila perlu je. Huahuahua. Nasiblah siapa yang dapat aku.

Sangat suka cakap comel dekat semua benda.
Bila nampak ular aku cakap comel, bila nampak kalkulator yang saiz dia cinonet aku kata comel, kalau boleh semua benda aku cakap comel. Tak tahulah kenapa. 

Oklah tu sahaja fakta berkaitan diri aku ni, tak payah nak cerita lebih-lebih. Macam orang nak baca sangat kan. Sekian sahaja.

Oklah bye !