Friday, December 12, 2014

Bershopping dan memborong candy

Assalammualaikum !

Biasa lah kan kalau dah nak christmas ni, mesti macam-macam hotel buat promotion kan. Bila dah buat promotion, macam-macam lah benda nak kena beli. Almaklumlah hakak kan kerja dekat hotel, so memang selalu je jadi peneman setia office mate merangkap bff untuk cari barang-barang Christmas ni semua. So alang-alang nak pergi bank tu kan, aku pun ikut lah Sapura pergi cari barang-barang untuk Christmas. Tapi hari ni macam best sikit shopping dia sebab kitorang nak borong Candy ! Yeahhhh.





Haaa cuba tengok tu, muka Sapura yang excited sebab kena borong candy. Yelah, kitorang dapat petty cash dalam 200 hengget so memang kena beli candy dalam amount yang sama jugak. Tu sebab yang excited lain macam bila nampak semua candy-candy ni. Time tak ada dah nak kira-kira pakai calculator bagai, apa yang aku rasa sedap, rasa best, rasa budak-budak suka makan. Semua aku ambik masuk dalam bakul. Hehehehe.



Ni baru first round, time ni masih berhemah lagi nak ambil banyak-banyak. Sopan-sopan je bawak sikit-sikit. Sedapnya coklat love tu semua. Tapi tak boleh nak makan, ni semua hotel yang punya. Sob sob sob.



Sebab dah excited sangat nak keropok-keropok ni semua. Terus gegar-gegar dah gambar aku. Tapi mission time ni suruh beli candy je, so keropok-keropok ni semua harus dilupakan. Sob sob bye keropok Super Ring. Ehhh tiba-tiba kan. 


Gula susu yang paling legend aku rasa. Dari zaman sekolah sampailah sekarang memang ketagih betul dengan gula-gula ni semua. Mesti semua orang pernah makan kan, jangan buat-buat lupa pulak ehh. Ada perisa ros, perisa coklat, perisa cofee and macam-macam lagilah. Tapi aku paling suka perisa ros. Heeeee gedik !


Lagi satu gula-gula yang legend. Uwaaa rindunya zaman budak-budak hingusan ni. Gula cincin yang sedap ni kan, letak dekat jari lepas tu jilat-jilat sampai gula habis. Sedapnyaaaa ! Yang aku tak boleh lupa pasal gula ni kan, bajet-bajet muka comel lah kan lepas tu nyonyot gula-gula ni macam baby. Nyampah sangat !


Wahh gula-gula kapas dengan cone aiskrim. Dulu masa kecil-kecil kan, beria pilih nak warna pink lah, warna biru lah, warna hijau lah. Last-last isi dia semua sama je warna putih, warna plastik tu je yang memainkan peranan. Bagus betul marketing plan dia dalam mempengaruhi kanak-kanak macam aku tau. 


Gegar lagi gambar aku ni. Nyampah betul lah ! 


Memang banyak pilihan dekat sini. Dulu masa buat candy buffet untuk office mate aku yang kahwin tu, semua barang-barang untuk candy buffet aku beli dekat sini. Macam-macam pilihan you know !



Kedai dia kan betul-betul dekat depan Pacific tau. Kalau sesiapa yang area Seremban tu, memang tahu lah kan Pacific dekat mana. Kedai dia just bukak dari pagi sampailah pukul 6 sahaja ye. Jangan ngada-ngada nak datang malam pulak. Memang tunggu kedai tu bukak pagi esoklah.



Bajet-bajet macam banyak lah kan barang yang kitorang beli kan, padahal 3 beg plastik je pun. Tu pun gilir-gilir dengan Sapura pegang bag plastik sebab nak tangkap gambar punya pasal. Oklah sesiapa yang rasa nak buat goodies untuk kahwin, untuk kenduri akikah, kenduri tunang ke, kenduri nak kahwin satu lagi ke, bolehlah datang sini. Harga dia memang berpatutan dan berbaloi-baloi sangat kalau beli dekat sini. Sesiapa yang tak tahu cara nak pergi kedai borong ni, bolehlah pm aku dekat Facebook ye. 

Oklah bye !