Assalammualaikum !
Hari ni cuti. Yeahhh jom pergi jalan-jalan. Tetibe je kan. Gile ke hape. Di petang yang hening dan burung-burung pun berkicauan selepas hujan yang dari semalam non stop. Tiba-tiba je rasa rajin nak share resipi trifle yang selama ni ke hulu ke hilir aku bawak untuk jual. Mana lah tahu kan korang pun nak try jugak kan, Biasalah demi mencari sesuap nasi untuk anak-anak, hakak suka bebenor nak jual segala benda yang berkaitan dengan kek and masak-masak ni. Motif ! So mehh lah tengok, aku nak share sikit resipi yang memang sangat senang nak buat. Mana tahu bila dah try, rasa sedap pulak kan. Haa boleh lah jual and menambah side income. Sekarang ni kos hidup makin tinggi, tinggal korang rajin dengan tak rajin je. Sebelum aku melalut tah hapa kebendanya dengan lebih panjang, mehh lah tengok cara-cara membuat trifle gaya Azreen Zunairah yang paling senang di seantero dunia. Cehhh ayat nak poyo sangat ! Hahahaha
Bahan-bahan yang diperlukan sikit aje, jangan lah risau :-
*Coklat chip
*Fresh cream / Non dairy whipping cream
*Fruit cocktail
*Kek gulung atau bahasa saintifiknya swiss roll
*Susu cair
*Tepung kastard
Ok cara-cara nak buat dia memang senang lah, cuma banyak step dia sebab dah kata pun trifle kan, so kita kenalah buat layer by layer kan. First, potong swiss roll tu slice by slice then susun dalam bekas macam dalam gambar bawah ni :
Lepas tu, letak kuah kastard dia pulak, macam dalam gambar bawah ni, haa yang kuah kastard ni korang kena masak lah sebab tak ada pulak kuah kastard yang ready made. Ngengada sangat kan, buat je lah. Senang je pon. Ingat ! nak sedap kan, kenalah rajin. Mihmihmih.
Nak buat kuah kastard ni senang je, nisbah dia :
satu tin susu cair : 2 sudu besar tepung kastard: 3 sudu besar susu pekat
Tapi before that, kenalah campurkan tepung kastard tu dengan air masak dulu, guna air sejuk biasa tau, jangan guna air panas pulak. Nanti berketul-ketul pulak.
Haaa gini lah rupenya lepas tepung kastard tu dah dicampurkan dengan air sejuk biasa.
Cara dia senang je, panas kan susu cair, masukkan susu pekat then masukkan tepung kastard yang dah dibancuh dengan air tadi. Lepas tu kacau je sampai pekat. make sure api kecil and kena kacau je selalu sebab kalau tak kacau bawah dia akan hangus. Tak sedap lah pulekk kan ! Dah pekat tu, padamkan api, then tuangkan kat atas kek tu panas-panas, biarkan swiss roll tu menyerap kuah kastard dengan jayanya. Huhuhuhu.
Cream ni, kiranya untuk last layer lah. Make sure buah-buah tu semua ditutup dan di cover dengan jayanya ye. Kalau nak sedap, tabur lah coklat chip. Benda ni optional, Nak letak boleh, tak nak letak pun boleh. Suka hati. Tapi bagi aku, lagi sedap kalau letak. Nyumm nyum sedap ! Ada krup krap krup krap lagi.
Then siap !
Senang je kan cara nak buat trifle gaya Azreen Zunairah ni kan. Tak habis-habis dengan poyo kau kan. Huahuahua. Oklah nak berjimba-jimba lah hari ni. Kan cuti.
Selamat mencuba !
Bye.