Wednesday, November 26, 2014

CPUV Nuffnang- Wooww banyaknya datang !

Assalammualaikum !

Semalam lepas godek-godek email, ternampak lah satu email dari Nuffnang. Dengan rasa excited terus je bukak, Yelah kan, mana tahu dapat tiket free lagi kan. Untung-untung boleh tengok wayang free. Huhuhu. Rupa-rupanya dapat invitation Nuffnang Blogbuster Campaign-Maybank Transact & Win. Haa teruslah kan rasa semangat nak join sebab sebelum ni ada jugak dapat invitation Nuffnang blogbuster campaign macam ni, tapi disebabkan tak ada idea, terus je email tu di let it go macam tu je. 

This time rasa semangat terus nak join, puas jugaklah nak perah otak nak buat cerita pasal apa dalam masa 10 saat tu kan. Haaaa pening lah ! Bila kepala macam dah pening-pening lalat, terus bukak Nuffnang and woww ! Alhamdulillah, Nuffnang dengan baik hati dah letakkan banyak CPUV dekat blog aku. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Boleh lah kumpulkan duit kahwin untuk tahun depan. Hehehehe



Terima kasih Nuffnang, terima kasih sangat-sangat. Insyaallah akan update entry baru banyak-banyak lagi and akan setia terus dengan Nuffnang. So kepada sesiapa yang nampak iklan berkelip-kelip and menari-nari tu, tolong dengan seikhlas hati klik-klik ehh !






Oklah bye !


Sunday, November 23, 2014

Tempat makan cekodok yang best dekat Senawang, Seremban

Assalammualaikum !

Sekarang ni kan, tiap malam keluar je tau. Ehh mula lah tu nak cakap aku ni budak jahat kan. Suka keluar malam kan. Jangan nak negatif je pemikiran tu ye. Tetibe je nak emosi kan. Huhuhu yee saya memang suka keluar malam-malam pun tapi keluar dengan mak saya ok ! Keluar pun sebab nak hantar adik aku tuition dekat Senawang. Sesiapa yang duduk Seremban ni, memang tahu lah kan, masa perjalanan dari rumah aku yang dekat Paroi tu nak ke Senawang ambil masa berapa lama kan. So disebabkan malas nak buang masa, nak membazir minyak bagai, aku pulak memang malas nak drive balik rumah. Memang satu Senawang lah jawabnya kitorang merayau. Sebenarnya tak adalah lama mana pun, around 15 minit je kalau nak pergi Senawang tu. Tapi paham tak malas, paham tak. Huhuhu

Dekat Senawang ni memang banyak sangat-sangat tempat makan. Tak payah cakap dekat Senawang je lah, aku cakap overall teruslah, Malaysia ni memang mewah dengan macam-macam tempat makan. Tinggal rasa dia sedap dengan tak je lah. Tuh sebab setiap hujung bulan dengan awal bulan, siap sedia je lah kalau nak makan tempat yang sedap-sedap, mesti penuh punya lah. Orang Malaysia kalau bab makan je, terus duit jadi berkepuk-kepuk dalam wallet kan. Hehehe

So disebabkan tak tahu nak buat apa dari tempoh pukul 8 malam sampailah pukul 10 malam tu, aku dengan emak aku pun merayau jalan-jalan cari makan. Nak makan dekat kedai tom yam rasa macam dah boring. Pergi kedai tom yam je, mesti order nasi goreng kampung telur mata. Rasa nak tukar selera sikit, orderlah nasi goreng daging, lepas tu menyesal sebab banyak sayur sawi dalam tu. Aissshh aku bukanlah penggemar sayur sawi ye kawan-kawan. Kalau sayur lain, sebakul kau nak bagi aku makan pun tak apa. Jangan sayur sawi. Ehhh out of topic pulak.

Lepas dah merayau-rayau cari kedai makan, last-last emak aku suruh try dekat depan Affin Bank Senawang. Dia bukan lah kedai ke gerai ke bukan tau. Dia meniaga pakai lori je. Tapi ramai orang datang situ. Disebabkan curious nak tahu sebab apa ramai sangat orang datang even baru pukul 8, terus emak aku ajak makan dekat situ. Syok-syok tunggu orang datang nak ambil order, nampak orang meja sebelah tengah makan cekodok dengan sambal. Walawei ! Aku memang suka cekodok kot. Emak aku pun memang suka kalau ada benda ngonye-ngonye macam cekodok ni. Dulu pernah kitorang lepak satu kedai ni, jual cekodok dengan sambal jugak, mula-mula je sedap, lama-lama terus jadi keras macam bantat terlebih tepung. Terus pangkah kedai tu, tak nak datang dah.


Haa nampak tak, nampak tak. Walaupun hangus-hangus sikit tapi rasa dia memang umpphhh shedappp ! Mesti korang cakap kan, alah cekodok dengan bawang ikan bilis je pun, tuh pun tak boleh masak sendiri ke ? Ehhh biarlah kitorang yang nak makan, lain tau rasa dia dengan masak sendiri dengan rasa orang masak. Lepas tuh cicah sambal, makan time hujan-hujan ni. Konpem meleleh hingus and terpejam-pejam mata bila makan tau. Ehh tu over. Hahaha




Selain menu cekodok bawang ikan bilis tu, ada jugak menu lain. Kalau rasa nak makan benda yang ringan-ringan, elok sangatlah kan kalau nak makan cekodok ikan bilis tu kan. Kalau korang dah kebulur tahap kucing lalu depan mata pun korang nampak ayam goreng, eloklah order nasi lemak ayam rempah ni. Aku kan, kalau nak suka nasi lemak ni, aku rasa sambal dia dulu, kalau sedap ok lah. Kalau tak, kirim salam aku nak makan lagi lepas ni. So far, aku sangat suka dengan nasi ayam rempah ni. Sedap sangat !




Mee goreng mamak dia pun sedap. Memang sama lah macam mamak masak. Aku tanya dekat emak aku, macam mana nak masak mee goreng mamak ni, mak aku boleh jawab, mee goreng mamak tak reti, mee goreng melayu mak reti lah. Ok fine mak, foiinneee !




Angah yang sentiasa nak ikut je kalau kakyong dengan emak dia keluar. Macam tahu-tahu je dapat makan sedap-sedap kan. Angah ni bukanlan budak yang makan pedas, tapi nasi lemak ni dia mampu habiskan. Tak tahu lah sebab sedap ke atau sebab lapar. Huhuhu.




Emak dengan mee goreng mamak dia. Lepas ni nak makan dekat kedai mana pulak emak. Mak bagi along idea tau ! Suka ajak aku pergi makan dekat macam-macam tempat, mostly sedap-sedap pulak tu. Lepas tu bising badan aku naik lah, tak muat baju kahwin lah. Aishhh mak ni. Nasib baik along sayang emak tau. Hehehehe.

So far dah dua kali dah aku makan dekat kedai lori ni, macam comel je kedai lori kan. Memang sedap and alhamdulillah kali kedua aku pergi, bertambah ramai orang yang datang. Hopefully orang Seremban yang baca blog aku ni, pergilah try ehh ! Tak salah kan kalau kita nak tolong bisnes sesama Melayu ni. Kan kan. 

Kepada sesiapa yang nak pergi senang je, cari landmark Affin bank Senawang tau, dekat situ korang akan nampak lah lori kecil dengan meja bersusun dekat situ. Operation hour dia setiap hari bukak dari pukul 6 petang kot kalau tak silap, sampailah ke tengah malam. Cuma hari Isnin je tutup. Ingat tau, Affin bank je, mesti ada kedai lori cekodok dekat situ, jangan lah pulak korang pergi Affin bank bandar Seremban pulak, konpemlah tak jumpa kan. Huhuhu.




Peace sebab pipi makin kembung macam cekodok. Cerita siang tadi, bila pergi kenduri semua tegur badan aku dah naik. And menyempat lagi cakap, takpe sempat lagi kakyong kalau nak kuruskan badan. Cetttt ! Tahun depan aku start lah wei. Aishhhhh emosi pulak.

Oklah bye !






















Monday, November 17, 2014

Keropok Warna Pink ?

Assalammualaikum !

Hari ni hari Isnin yang yokk ! Sebab apa yokk sebab aku cuti. Best wei cuti hari Isnin. Aku tak berapa suka kalau ambil cuti hari Jumaat sebab yelah kan, nanti cuti  3 hari kan, Jumaat Sabtu Ahad. Lepas tu, hari isnin malas yang amat nak pergi kerja. Monday blues kan. Tapi sebenarnya sama je pun. Esok still kena kerja jugak kan. Nak buat macam mana kan. Kalau tak kerja tak adalah duit nak makan sedap-sedap. Huahuahua.

So disebabkan aku cuti hari ni, pagi-pagi lagi emak aku dah masuk bilik aku, "kakyong..hari ni kita balik kampung kejap ehh, nak tengok uwan dekat kampung kejap ". Aku pun angguk-angguk je sebab time tu tengah mamai kan. Pukul 12 tengah hari gerak pergi kampung, mata dah nampak makanan yang jual dekat Ulu Bendul. Yelah time tu pun dah tengah hari kan, lapar je lah perut ni kan. Huhuhu. Ahhh sebenarnya tak nak mengaku kan yang kau memang selalu lapar.


Sources : Encik Google

Lepak-lepak rumah uwan sampai pukul 4 petang, terus emak aku ajak balik sebab pukul 5 adik aku keluar sekolah, nak kena jemput dia pulak kan. Aku ni sebagai anak yang mithali, hanya menurut perintah sahaja. You can't say no no no. Eleh sebenarnya tak sabar nak membeli belah dekat Ulu Bendul. Huahuahua.





Sampai sana dah buntang mata nak beli apa kan, padahal masa dekat rumah uwan tadi dah bedal nasi sepinggan dengan ayam goreng. Tapi bila dah nampak benda alah ni depan mata, serta merta lah perut ni jadi lapar balik. Huahuahua. So ambil lah secucuk dua dengan sopan sebab dekat depan aku ada abang handsome. Tapi secucuk dua tu rasa tak cukup pulak, terus ambil 4 cucuk terus. Nafsu semua ni wei, nafsu ! Pedulikan abang handsome dekat depan tu. Mihmihmih

Yang paling best kan, dapat keropok favourite dari kecil wei. Siapa yang ajar aku makan benda alah ni pun aku tak tahu lah. Tau-tau je sampai sekarang still suka makan keropok ni. Keropok yang aku maksud kan ialah :




Tadaaaa ! Ni lah keropok yang dimaksudkan, memang nama dia keropok Palembang. Tapi aku panggil keropok pink. Iollss memang suka sangat dengan segala benda warna pink ni. Dulu masa aku tak dapat balik kampung, aku sanggup mintak emak aku belikan keropok ni. Last-last yang aku dapat keropok pink lemau. Kecewa je hakak ! Tapi lemau-lemau pun habis jugak. hehehe




Close up sikit ! Warna pink yang amat-amat memukau hati beta. Sekarang ni dah berjangkit dekat adik aku yang kecil pulak. Pun suka jugak keropok pink ni. Lepas ni kena beli dua bungkus lah, mana cukup wei satu bungkus. Seorang satu bungkus. Baru adil dan saksama kata kau !




Selfie tu of course akan berlaku setiap kali aku update entry baru. Jangan muntah ok. Sebenarnya time ni baru lepas melantak nasi dengan ayam goreng. Tuh yang kuyu je mata tu. Last-last tertidur jugak walaupun dah berazam tak nak tidur siang. Keropok pink jugak yang sedar kan iteww ! Apahal tiba-tiba nak buat bahasa rempit.

Oklah bye !


Sunday, November 16, 2014

Obses dengan kening atau omputihnya eyebrow


Assalammualaikum !

Penatnya hari ni. Satu hari kelas, test, kuiz non stop. Bayangkan lah, pukul 6.30 pagi dah keluar dari rumah, gerak dari Seremban ke Shah Alam. Now pukul 7 malam baru sampai rumah. Nak pengsan rasanya. Tapi bila nak update blog, terus rasa bersemangat balik. Dua tahun dah aku ulang-alik dari Seremban ke Shah  Alam, lama-lama rasa macam penat sangat. Tapi demi mu wahai Degree ku sayang, aku tabahkan jua. Gitueww kan. Takkan nak stop setengah jalan kan, mahu nya emak aku tak nak cakap dengan aku sebulan. Yelah dah banyak wei duit keluar. Kalau kumpul duit belajar aku tu, mesti dah boleh kahwin dah tahun ni. Ehh tiba-tiba kan. Huhuhuhu.

Semalam sambil-sambil buat assignment, sambil-sambil tengok Running Man, saja-saja lah kan tengok cara-cara nak buat kening dekat Youtube. Tak tahulah kenapa, aku ni memang obses dengan kening diri sendiri. Tuh yang gigih tu nak belajar bentukkan kening tanpa cukur ye wahai kawan-kawan. Orang lain beria-ia letak eyeshadow warna-warni, letak bulu mata pelesu tebal-tebal. Tapi aku ni tak habis-habis belajar macam mana nak cantikkan kening. Hehehe.

So bila dah search macam-macam dekat youtube, aku dah jumpa satu video yang menyenangkan beginner macam aku ni untuk belajar cara-cara nak bentukkan kening. Jom kita tengok kejap.



Haa cantikkan ! Memang cantik gile lah kot aku rasa. Disebabkan dah terpengaruh, dengan tak mandi lagi, terus aku conteng-conteng kening kejap and terjadi lah macam dalam gambar dekat bawah ni.



Mengada-ngada sangat nak letak gambar before and after kan. Padahal tak mandi lagi tu. Huahuahua. Oklah kot first try ni, and kening aku memang tak cukur tau. Aku just lukis and letak foundation dekat kening yang bersepah-sepah tu. Hehehe.




Selfie sementara tunggu emak aku siap. Tiba-tiba rasa macam tebal pulak aku warnakan kening tu. Rasa macam sin chan pulak. Alah first try  memang selalu macam ni. Ayat nak sedapkan hati kan. Huahuahua Lepas ni nak belajar cara-cara bentukkan kening guna teknik gam pulak. Haaa ! Guna gam? Macam pelik kan, tunggu.... Stay tuned !

Oklah bye !


Thursday, November 13, 2014

Pop Donna Senawang - Boutique makanan yang best

Assalammualaikum !

Kalau masuk blog aku ni, tak ada benda lain aku nak cerita kan. Makanan makanan makanan makanan. Lepas tu bila dah cerita pasal makanan mesti nak rasa nak makan, nak makan and nak makan. Hehehe ! Mana tak badan aku ni makin di pam pam. Aishhhh ! Macam mana nak pakai baju kahwin tahun depan ni. Tak apa, bulan 1 tahun depan aku start lah diet. Erkk *mata ke atas, tangan di bahu, lepas tu lompat-lompat sikit "

Ok cerita pasal Pop Donna ni, aku tahu kedai ni dari Instagram lah. tiba-tiba je aku tengok ada kawan aku post dekat instagram yang dia pergi Butik Pop Donna ni. Lepas tu siap upload lagi dia minum susu pisang. Haa pelik kan bila dengar susu pisang. Selalunya kita dengar susu coklat lah, susu strawberry lah, susu vanilla lah. Tapi sekarang ni tiba-tiba je aku sebut susu pisang kan. Erkk sedap ehh ? 

Bagi aku susu pisang ni tersangat lah sedap tau, sebab aku ni penggemar susu. Aku tahu pun pasal susu pisang ni sebab selalu tengok pelakon korea minum susu pisang ni. Lepas tuh, kawan-kawan aku  yang travel ke Korea mesti nak upload gambar tengah minum susu pisang ni. Menyampah aku tau ! Jeles sebenarnya tu. Huahuahua !

Haa lepas tu aku dapat tahu ada pulak kedai yang jual susu pisang ni dekat Seremban, lagilah aku meroyan nak pergi rasa kan. Tu yang beria-ia nak pergi Butik kafe Pop Donna dekat Senawang tu.


Susu pisang yang nyum nyum !


Ada banyak flavour tau, ada pisang, strawberry dengan honeydew.

Harga sekotak RM5 uollss, terkejut aku masa tanya harga susu ni. Takpelah, bukan selalu pun kan. Tapi lah kan aku rasa macam selalu je aku nak beli lepas ni wei. Sedap wei ! Dekat Pop Donna ni dia jual susu pisang dalam jenis kotak lah. Kalau dekat Korea, dia jual dalam bentuk botol, macam dalam gambar bawah ni :-


Mana tak meroyan nak minum susu pisang, Lee Min Ho jadi duta wei !

Ok stop pasal susu pisang ni, selain dari jual susu pisang ni, Pop Donna ada jugak jual susu lejen. Haaa nak tahu tak macam mana rupanya susu lejen. Mehh aku tunjuk sat.



Tadaaaa ! Ni lah dia susu lejen. Kalau time aku kecil-kecil dulu, aku panggil susu lembu warna warni. Setiap kali ada expo perladangan dekat rumah aku mesti susu ni dulu yang aku cari. Yang paling best bagi aku perisa jagung lah. Dekat Pop Donna ni bagi aku dia jual murah, harga dia RM2 je. Kalau kat tempat lain, ada yang 3 ringgit aku jumpa. Yeahh suka ! Lepas ni selalu lah kan aku datang Pop Donna ni. Hehehe.

Selain dari makanan, Pop Donna ada jugak jual baju macam jubah, dress, skirt labuh, T-shirt. kasut pun ada tau. Haa macam-macam kan ada. Yelah dah nama nya dia concept boutique kan. So macam-macam lah ada kan. Hehehe.



Ada kasut yang cantik-cantik. Harga pun murah dan mampu milik ye kawan-kawan.






Ada aksesori perempuan, ada barang mekap. Ada hijab pin yang comel-comel, ada produk kecantikkan. Tapi yang penting semuanya comel-comel belaka bohh !


Ada nutella cookies, pretzel, rainbow cookies. Kiranya semua cookies yang sedap-sedap lah.



Acara wajib bila dah ramai-ramai kan. Kita welfie je lah ramai-ramai. Hehehe.


Kak ayu yang ayu je duduk sebelah teb botol. Hehehehe !

So sesiapa yang dekat Seremban tu, jom lah datang Pop Donna ni. Macam-macam benda pelik ada tau. Landmark dia Secret recipe & Indah Water dekat Dataran Kemuning Senawang. 



Haa tengok tu, busy tau abang tu layan kitorang beli susu. Banyak kot ! 

Instagram : Pop Donna Senawang


Oklah bye !









Wednesday, November 12, 2014

Demam kek cartoon Frozen

Assalammualaikum

Sejak dua menjak ni kan, demam kartun frozen tak habis-habis kan. Korang tahu kan Frozen tu apa, takkan lah tak tahu apa benda kan. Tipu sangat ! Bukan sejuk beku ehh, tapi cerita kartun Frozen tu yang ada Princess Elsa, Princess Ana, Olaf bagai tu. Tak payah lah aku nak sebut satu-satu ehh watak dalam cerita tu. 

So disebabkan cerita tu memang tengah hot sekarang, memang banyaklah permintaan yang nak order kek Frozen ni. Gigih tau nak buat semua ni demi mencari rezeki dan sesuap nasi untuk anak-anak. Cehhh propa sangat. Budak-budak pun suka kan, so lagi bersemangat lah aku nak buat banyak-banyak kan. Boleh dikatakan sekali je kot aku tengok cerita Frozen ni, nasib baik cerita dia best. So perasaan nak buat kek ni pun jadi gembira je. Gitueeww kan !


Very first kek Frozen yang aku buat. Hehehehe.
Dalam dia kek coklat fudge and filling strawberry jem.




Kek coklat + strawberry cheese filling




Kek blue velvet + cream cheese filling





Victoria sandwich cake





Victoria sandwich cake





Vanilla cake + strawberry cream filling

Sekarang ni dekat mana-mana aku nampak orang jual baju kartun Frozen lah, jam lah, kasut lah, cadar lah. Tak payah jauh-jauh, pasar malam yang dekat dengan rumah aku tu pun ada jual tikar Frozen 10 hengget tau. Memang fenomena betul kartun ni. Yang paling best nya, siap ada orang buat baju pengantin ala-ala Princess Elsa pakai tau. Wahh besar betul pengaruh dia kan. Huhuhu.So kepada sesiapa yang nak order, boleh lah mesej aku dekat Facebook ehh. Cehh promote jap. Hahaha

Oklah rasa perut macam meragam-ragam nak makan kek pulak. 

Bye !

Monday, November 10, 2014

Jom makan ikan bakar yang best dekat Melaka !

Assalammualaikum !

Aku memang suka sangat jalan-jalan dekat Melaka. Ditakdirkan lepas SPM aku dapat sambung study dekat Politeknik Merlimau, Melaka. Then ditakdirkan lagi sekali, adik aku pun sambung belajar dekat Melaka jugak. Maybe tuhan tahu kot yang aku ni suka sangat-sangat dengan Melaka kot. Bagi akulah kan, Melaka lah paling best nak jalan-jalan and ronda sakan, sebab macam-macam ada. Lagi satu dekat pulak tuh kan dengan Seremban. Haaa lagi semangatlah kan nak meronggeng dekat Melaka tuh haa. 

Bila weekend je mulalah emak aku tanya nak pergi mana ehh minggu ni. Boring lah, rancangan tv tak best lah, minggu ni pelajar AF nyanyi tak best lah , cerekarama tak best lah. Macam-macam lah kan. Cakap jelah nak suruh aku bawak dia jalan-jalan kan. So disebabkan ayah aku nak belanja kitorang satu family makan terus aku cakap, kita pergi tengok Imran lah emak, lepas tu kita makan ikan bakar. Yeahhh ! Ohh sebelum tu aku nak ucapkan congrats dekat Firman sebab jadi Juara AF. Tapi apa-apa pun aku still suka Ewal jugekk.

After dah ambil Imran dekat rumah sewa dia, kitorang semua terus pergi Mahkota Parade. Yelah wei, dah lah tengah hari, panas pulak, perut pun dah tendang-tendang. So disebabkan nak tempat sejuk punya pasal, aku decide nak makan dekat Mahkota Parade je. Tapi kau tahu je lah kan Melaka macam mana bila hari sabtu kan, Ya ampunn ! Jammed wei. Tapi aku redah lah jugak sebab dah lapar sangat kan. Kalau tak, memang tak ada adanya aku baik hati nak redah jammed tu semua. 

Lepas dah kenyang makan semua, bawak pulak emak ayah aku jalan-jalan dekat laut yang depan Mahkota Hotel tu. Alah dekat je pun. Tapi tiba-tiba je jadi jauh sebab meredah jammed segala tu.



Dah dapat port yang redup sikit untuk parking kereta, aku terus ajak emak aku selfie-selfie kejap dekat tepi laut tu. Ok fine angin yang bertiup kencang dah nampakkan perut aku yang buncit tuh. Uwaaa harus diet nie, macam mana nak kahwin !  *mata ke atas tangan di bahu lidah terjelir* khennn 


Adik apahal adik ? Mata sebelah terbukak tertutup ni. Hahaha masa ni adik aku heboh tak nak keluar kereta. Nak duduk dalam kereta je. Heboh panas. Bila emak aku paksa tangkap gambar, haa macam ni lah jadinya. 

So disebabkan boring gile tak tahu nak buat apa dekat laut tu, Imran cakap nak balik rumah sewa dia kejap sebab nak letak barang-barang yang emak aku bawak. Nasib baiklah dekat tau. Kalau tak, memang tak nak lah aku pusing jauh-jauh kan.


Sementara tunggu Imran punggah barang dalam rumah sewa dia, belanja selfie dengan ayah sepam dua. Nasib baiklah ayah aku nak layan anak dara dia ni selfie. Sekarang ni aku nak pengaruh hidup semua orang supaya suka selfie macam aku jugak. Huahuahua.

So masa yang ditunggu-tunggu. Perut pun dah rasa lapar balik. Yelah time tu pun dah pukul 6 lebih kot. Sikit je lagi nak maghrib, memang patutlah kan perut ni berdengung-dengung kan. Hehehe. Marilah kita menambahkan lemak-lemak di badan dengan jayanya ohoooii (buat gaya M.Daud Kilau sikit sambil kibas kibas tudung).


Sumber : Encik Google

Masa aku sampai, time ni memang dah gelap dah. So memang tak dapatlah nak tangkap gambar entrance clean and clear kan. Aku satu family memang suka sangat makan dekat sini. Sebab tak ramai orang sangat, kawasan pun bersih, toilet bersih, makanan dia pun sedap. Tempat ni betul-betul dekat Umbai and memang ada signboard tunjuk tempat ni. Janganlah risau ok. Kalau risau jugak, cuba try google Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai dekat maps tu. Confirm jumpa. Hehehe. 



Pilih jangan tak pilih. Dekat sini memang banyak sangat kedai dia. So kena pandai pilih lah kan. Family aku setiap kali makan ikan bakar, tak ada benda lain yang kitorang ambil. Mesti ambil ikan siakap. pepahat, udang dengan sotong. Memang tak ada benda lain lah, tapi we all tak pernah pun muak. Gitewww ! Masa ni emak aku dah warning awal-awal, dia tak bagi kitorang ambil banyak-banyak. Yelah mana tak nya, before ni kitorang ambil ikan sampai dua ekor, satu bakar satu masak sweet and sour. Penyudahnya tak habis pun. Haa tuh lah tamak lagi kan.

Sementara tunggu lauk-lauk tuh masak dulu. Aku merayau lah dekat sekeliling kawasan tu. Kalau nak ikan fresh pun boleh, ada kolam dekat tepi tu so korang memang boleh tangkap ikan yang hidup-hidup tu then masak. Nyum nyum !


Ni lah Imran !! Adik ketiga yang paling handsome. Erkk muntah. Tapi dia memang sangat caring lah kan dekat kakak dia sebab kan dia selalu tanya, bila kakyong nak kurus ni, tahun depan nak kahwin dah. Ok fine fine !


Belanja selfie sikit. Sementara nak tunggu makanan, perkara wajib dia ni lah kan. Alah korang ni macam tak biasa kan. Choiii.


Budak kecik ni entah kenapa lah kan dia asyik nak moody je hari tu. Makan otak-otak pun tak nak ajak aku. Sedar-sedar masa aku mintak nak sikit. Habis dah sebakul. Heii adik, moody-moody pun lapar ehh.


Angah yang comel mucuk-mucuk. Kerja asyik nak makan ikan bakar je. Kalau tak ada ikan bakar, asyik nak udang butter je. Aishhhh tak ada kerja lain. Nasib baiklah dekat rumah angah mintak ayam goreng je, kalau tak jenuh nak buat ikan bakar dengan udang butter hari-hari tau.


Phewwiitt sikit ! orang yang belanja kitorang hari ini. Terima kasih ayah. Ada rezeki lebih belanja kitorang lagi. Sayang ayah dengan emak.

Tengah syok-syok tangkap gambar, makanan pun sampai. Masing-masing dah tak sabar dah nak makan. Tengok akak yang bawak lauk tuh pun macam nak telan je, Yelah lambat sangat letak atas meja. Rasa macam aku nak je ambil sendiri dari dulang tuh. Keh keh keh pelahap sangat kan.


Sotong masak pedas. Imran yang nak. Aku tak layan sotong-sotong ni. Huahuahua !


Pepahat yang nyum nyum. Siapa pernah makan benda ni angkat kaki cepat !!


Udang butter. Tak sempat aku nak tangkap gambar, dah tinggal 3 ekor je. Masing masing dah ambil sotong ni dulu.


Ikan siakap bakar cicah sambal kicap.


Kailan ikan masin dia pun sedap.




Nasi lemak dia walaupun kecil je, tapi sambal dia yang secoet tu buatkan perut aku kembung sebab minum air je. Pedas gile wei ! Tebal bibir jadi nya.

So total semua benda yang kitorang makan hari tu, just RM150.00 je. Tuh pun jadi banyak sebab adik-adik aku ambil berpinggan-pinggan nasi. Extra sotong goreng tepung lagi. Tapau nasi lagi. Mana tak nya. Imran nafsu makan tu kan, entah macam apa entah. Macam ada jin je dekat dalam badan dia tu. Huahuahua. Then kitorang siap dapat voucher 10 % lagi. So terus lah redeem masa nak bayar tu. Save 15 hengget tau. Overall semua puas hati lah. Makan pun sampai dah tak larat-larat nak jalan. Kenyang sangat.

So kepada sesiapa yang nak pergi dekat tempat ni, cuba korang cari perkampungan ikan bakar ni. Area Umbai je and yang penting jangan ikut highway tau. Ikut jalan lama arah ke Muar tu. Kalau tak tahu jugak, mehh PM aku dekat Facebook. Nanti kita ceritainn yaa dong !

Oklah bye !