Assalammualaikum !
Rasa lain macam je bila menaip pakai laptop orang lain. Al maklumlah adik aku baru je habis SPM, so memang terus dijadikan hak milik kekal laptop aku tuh haaa. Nasib baiklah ada laptop orang lain, so boleh lah aku pinjam kejap. Rindunyaaaaa dengan blog hitam legam ni tau. Disebabkan kerinduan yang melampau, gigih tau aku nak update malam ni.
Ok cerita pasal impian or bahasa orang putihnya dream. Alah yang selalu korang sebut-sebut dream comes true tuh. Tuhlah namanya impian. Tipulah masing-masing tak ada impian kan. Memang tipu sangat-sangat kan. Huhuhu. Aku ni sejak dari kecil lagi memang terlampau banyaklah impiannya. Time kecik-kecik dulu, bila nampak orang ada rumah Barbie yang warna pink tuh, terus set dalam mind, nanti satu hari nak ada jugak lah rumah Barbie Doll tuh. Tapi bila dah buat muka comel kat mak and ayah, terus di reject tanpa ada tapisan apa-apa pun. Alasannya membazir. So kau hentaklah kuat mana pun kaki tuh, memang tak akan dapat. So rumah Barbie Doll dilupakan begitu sahaja.
Then bila dah besar sikit and dah pandai tengok love story dekat TV3, and nampak heroin nya dengan hero yang sangat handsome, terus pasang niat nak pakwe macam tuh jugak. Yelah aku ni zaman cerita Rosalinda, Maria Mercedez, La Usurpadora, Mis tres Hermanas. Bayangkanlah kau tengok rosalinda couple dengan Fernando Jose. Betul tak betul aku eja nama hero dia ni, lantaklah hai. Siapa yang tak nak kan. Then sekarang kan ada ulangan cerita Rosalinda tuh balik dekat tv9 kan. Bila aku tengok balik Fernando Jose yang aku idam-idamkan dulu, terus rasa geli. Yelah, dengan watak dia yang terlampaulah romantik and aku pun pelik macam mana dulu aku boleh minat dengan dia. Aiiyoo amma appa ! Aku tak boleh ok lelaki yang romantik tahap melampau ni. Kalau boleh biarlah lelaki tuh boleh buat aku gelak dengan penuh semangat dengan mulut aku yang lebar ni. Mih mih mih.
Then dah masuk sekolah menengah, and nampak pulak akak-akak senior skandal dengan abang-abang nasyid. Terus ada impian nak skandal dengan abang nasyid jugak. Fofuler tuh wei skandal dengan abang nasyid tau ! Lepas tuh gigit jari je lah sebab memang tak ada sorang pun abang nasyid berkenan dengan kau sampailah habis sekolah. Hehehe !
Bila fikir balik kan, memang kelakar tau bila teringat impian yang kadang-kadang tak masuk akal. Aku ada satu diari ni tau yang aku simpan dari zaman sekolah sampailah sekarang ni. Sekarang ni aku rasa macam nak buang je sebab aku rasa malu and tak sangka aku boleh tulis macam tuh. Biasalah kan, budak-budak kan, otak tak berapa nak matang. Bayangkan semua yang akan terjadi dalam hidup ni semua indah-indah je. Tak complicated langsung. Padahal tak tahu kan, nak melaksanakannya memang lah susah yang amat.
Macam tahun ni, salah satu impian aku dah tercapai, tinggal nak continue je dengan apa yang dah aku dapat. Apa impian aku tuh, bialah jadi rahsia dulu ye. Ada masa nanti aku cerita. Then impian lepas SPM still lagi tak tercapai. Impian nak dapat degree. Dulu aku dah set dah dalam pale otak aku ni, dapat je degree, dah stop. Jangan mengada-ngada nak sambung belajar lagi. Tapi bila aku dah rasa seronok belajar, tiba-tiba je ada niat nak sambung Master pulak lepas habis degree nanti. Kita tengok je lah nanti kan. Kalau dapatlah kan. Huhuhu ! Biasalah, impian je melangit. Nak buat kemain lah susah kan.
Impian nak kahwin ? Hehehe malulah nak cakap pasal benda ni. Perempuan mana yang tak nak kahwin kan. Semua nak kahwin. Kalau kau tak ada perasaan nak kahwin langsung, better dok diam-diam and pikir kejap, ada something wrong somewhere ke dengan kau tuh kan. Buat masa ni, impian kahwin tuh lah yang paling susah aku nak laksanakan. Susah wei nak kahwin zaman sekarang ni. Kau tak ada duit, kau jangan lah kahwin. Kos nak buat majlis kahwin zaman sekarang ni memang mahal. Gaji pulak macam segan je nak naik. Bukan segan, memang tak nak naik pun ! Yang peningnya lelaki lah kan, mana nak cari duit hantaran lagi, mana nak cari duit kenduri lagi. Kesiannya ! Insyallah kepada bakal suami aku nanti, aku tak kan mintak benda yang mengarut-ngarut sebab mak aku selalu pesan, buat setakat yang termampu. Hidup lepas kahwin lagi banyak duit nak pakai. Ohhoooiii ! Azreen Zunairah dah cerita pasal kahwin lah. Yelah wei, umur gua dah 23 kot tahun ni, tahun depan dah 24. Dah layak sangat kalau nak kahwin kan. Cakap jelah yang sebenanrnya memang kau dah gatal kan. Huhuhu ! Kan gua dah cakap gua havoc. Tetibe !
Cerita pasal impian ni kan, memang sampai bila-bila pun tak akan habis. So, aku rasa ada wire dah putus dekat pale otak ni, sebab tiba-tiba je dah tak ada idea nak menaip apa. Hehehe ! Esok kerjalah wei. Tak nak pergi kerja boleh tak ! Ehh tak boleh, tak kerja tak ada duit. Tak ada duit macam mana nak kahwin kan. Mih mih mih. Tuhlah kojo kau, kahwin je dipikir ann !
Coming soon ehhh !
Nanti aku cerita ehhh !
Ok bye !