Assalammualaikum !
Haaa kemain kan tajuk nak glamour cerita raya 2013 tau. Kalau aku ni blogger popular, memang berebut-rebut orang dok like and masing-masing beria-ia nak tau cerita raya aku kan. Tapi nak buat macam mana kan. Aku ni hanya blogger cabuk yang kejap ada mood nak update. Kejap-kejap tak ada mood. Mana orang nak datang blog kau kan !
Ok lah raya tahun ni aku macam takda mood sangat nak sambut. Maybe sebab faktor umur kot. Yelah dulu masa kecik beria main mercun and bunga api yang asap dia masyaallah. Macam asap yang orang sembur nyamuk tuh je. Time tuh pun cousin yang lain pun kecik-kecik je lagi so tak adalah nak malu main kejar-kejar bila kena kejar sebab baling mercun mancis or mercun naga dekat cousin yang lain.
But now, masing-masing dah masuk universiti and ada yang dah kerja dah pun. Aku ni masuk dalam kategori yang dah bekerja and masih belajar lagi. Ingatkan bila still study tak payah lah nak bagi duit raya kan. Tapi cousin aku awal-awal dah cakap “ Kak yong dah kerjakan, so duit raya untuk kitorang kena lebih sikit ye !” Hadoii ! Nasib baiklah rezeki murah tahun ni so boleh lah nak bagi lebih sikit tahun ni.
Memang sejak aku kecik lagi, tak sah kalau raya je mesti balik dekat kampung emak aku. Dekat Seri Menanti, Kuala Pilah je pun. Setengah jam je dari Seremban. Bila raya first barulah berjalan raya rumah saudara belah ayah aku. Tapi tempat penginapan still lagi dekat kampung emak aku.
Malas nak cakap banyak-banyak, biar gambar je lah yang cerita semuanya. Hehehehe !
Yeahhh for the first time selama 23 tahun aku hidup, raya tahun ni lah pertama kali we all semua sedondon je masing-masing. Yang baju aku dengan emak aku tuh awal-awal aku dah beli kain dekat nagoya and lace tuh beli dekat kedai jahitan. Jimat. Tak payah nak beria-ia cari dekat kedai.
See see sama kan baju we olllss ! Ayah dengan dua orang gadis yang gorjes ! Haaa cepat teka yang mana satu emak yang mana satu anak gadis. Jangan korang salah teka dah lah ehh. Karang tak pasal-pasal aku sentap karang !
Gambar perasan cantik sorang-sorang harus ada dalam entry ni. Kononnya ramping sangat lah tu kan. Padahal berat badan kemain naik bagai di pam-pam. Orang lain kalau lepas bulan puasa je kurus tapi aku lain pulak ceritanya. Emaklah ni masak sedap-sedap sangat lepas tuh hari-hari ajak pergi bazar !
Then masa pergi berayadekat rumah Tokteh aku, aku terperasan ada sangkar kucing yang besar. kucing dekat dalam tuh pun banyak. Tiba-tiba rasa excited sebab tak pernah tengok orang buat sangkar kucing besar macam tuh.
Banyaknya kucing tapi makcik aku awal-awal dah cakap jangan bukak sangkar tuh. Nanti tak pasal-pasal semua orang kena kejar dengan kucing. Errkk ! Ganas sangat ke kucing ni ? Patutlah kena kurung secara beramai-ramai. Ok habis dah cerita raya untuk hari raya pertama.
Untuk hari raya kedua pulak, warna baju sedondon masing-masing dah ke laut dah. Emak aku dengan warna purple dia, ayah aku dengan biru dia, adik aku dengan merah dia and macam-macam lagilah.
Gambar baju hijau dekat atas ni masa excited gile tengok buat mata kucing banyak kemain. Tu yang feeling-feeling ambil gambar macam dalam taman lah kan. Kononnya lah kan !
Dalam family aku just ada emak aku dengan aku je yang perempuan. So bila dah balik kampung, and jumpa saudara perempuan yang lain, hidup ni rasa lagi bermakna je sebab boleh share macam-macam pasal hal perempuan. Takkan tibe-tibe nak share pasal perfume body shop pulak dengan adik lelaki aku kan. Macam tak rock je ! Habis dah cerita raya ke dua. Raya kedua ni tak banyak sangat jalan beraya ke rumah orang yang lain sebab ramai gile orang yang datang rumah nenek aku. Nak tak nak kenalah balik awal layan tetamu pulak.
Tahun ni baju raya aku dua pasang je. Sob sob sedihnya sebab aku simpan duit untuk something yang lagi bermakna. Kena save budget wei ! So nak tak nak kena lah pakai baju jalan-jalan masa pergi beraya rumah kawan-kawan emak aku and ayah aku. tak pun ulang balik pakai baju raya first or baju raya kedua.
Dalam bulan raya ni jugak ramai kawan-kawan aku yang bertunang and kahwin. Entry tuh nanti akan aku masukkan malam karang ehhh !
Ok bye !