Sunday, April 21, 2013

Annual Dinner yang Awesome ! Theme : Pirates of Caribbean

Assalammualaikum !

Ehhh dah kenapa sekarang ni semua tajuk entry mesti nak ada awesome. Sebenarnya saja je sebab tak ada idea nak tulis tajuk apa. Actually annual dinner hotel tempat aku kerja ni dah lama dah pun berlaku, tapi aku still nak bercerita jugak sebab aku rasa annual dinner tahun ni memang sangat awesome. Lagi-lagi aku dapat lucky dip yang amat ‘best’. Hairdryer tuh wei , siapa nak bagi kan. Padahal dalam hati dah sentap habis masa dapat lucky dip tuh. Yelah orang lain kemain dapat rice cooker lah, dvd player lah, coffee maker lah, stove lah. Tapi aku punya, hidup segan mati tak mahu je rupanya. Tak apalah, bersyukur ok !

Aku memang tak ada idea nak pakai apa malam annual dinner tuh sebab tema dia susah kot. Mana ada lanun pakai tudung. Lanun seksi adalah kan. Kau pernah jumpa lanun pakai shawl bagai? Tak pernah kan. Tuh sebab aku pening kepala nak pakai apa malam tuh. Tapi nasib baik lah ada akak-akak office yang baik hati bagi idea macam-macam. Hehehe ! So my outfit on that day ialah :-

IMG_20130412_183636

Gaun labuh yang disewa+baju yang ditempah kat makcik taylor favorite +shawl sendiri yang dah berbulu-bulu + scarf & rantai yang beli dekat Terminal One +belt sendiri yang dah berkurun tak dipakai.

Aku rasa antara ramai-ramai, aku lah yang paling simple. Staff-staff yang lain memang gempak gile kot. Ada yang aku dah tak kenal muka diorang pun ada. Apa-apa pun performance semua department malam tuh, awesome semuanya. Ehhh ! Kau memang dah tak boleh berpisah dengan perkataan awesome ehhh ?

Cadangnya malam tuh nak mekap sendiri lah kononnya kan. Aku dengan kakak office aku, Kak Balqis gigih tengok dekat youtube, nak tengok style mekap ala-ala pirates. Penyudahnya, kita orang suruh je kakak kepada bff aku si Bibiey mekapkan kita orang. Hehehehe !

IMG_20130412_182639

Areen Lanun tah hape kejadahnya + Kak Balqis lanun negara Arab + Kak Ayu lanun polkadot !

IMG_20130412_183611

Kak Gowri, officemate yang meletop sangat ! Sorry Kak Ayu jadi halimunan dekat situ.

IMG_20130412_185643

Harus melaram dulu dengan kakak gorgeous dekat office before naik ballroom.

IMG_20130412_191432

Ohhh yeah masa yang amat ditunggu-tunggu. Aku dengan Kak Ayu berlari-lari dekat ballroom tuh kejar makanan. Sebab memang dah lapar sangat-sangat. Berlari pakai heels, kau mampu? Apa-apa pun lamb dengan dim sum tuh memang terbaik even dah selalu mintak dekat chef time lapar-lapar. Hahaha ! Kantoi.

IMG_20130412_204303

Our dancer from Finance+ F&B + Security department. Kita dapat nombor satu yaaww untuk performance malam tuh. Congrats untuk you all. Kecoh macamlah aku masuk kan. Hahahaha !

IMG_20130412_182618

Tahniah Bella ! Officemate merangkap adik aku yang kepala dia sentiasa ting tong masuk air. Nasib baik masuk air, bukan dadah. Hahahaha

IMG_1883

Muka lanun yang ceria before diserang hendap oleh lanun yang jahat  !

IMG_1890

Dah kena serang pun still boleh senyum lagi. Itulah Kak Ayu yang aku sayang ehh ! Huhuhu muka pasrah habis kak !

IMG_1895

Yeahhh background yang sangat cantik. Thanks to sesiapa yang menangkap gambar ini ehh !

Actually banyak lagi gambar yang ada dalam handphone and kamera aku ni. Tapi cukup-cukuplah tuh kan. Karang aku tempek gambar banyak-banyak, ada yang tak suka pulak kan. Ini semua poyoo ! Oklah nak tidur lah. Esok korje ! Adui cepatnya hari Isnin. Malas lah !

Bye !

Monday, April 8, 2013

Trick Art Museum yang sangat Awesome !!!

Assalammualaikum !

Dah tengah malam barulah ada semangat nak edit gambar and update entry baru dekat blog yang makin lama makin malas aku nak usik. Bukan lah apa, makin hari makin pendek masa yang ada. Kejap je masa berlalu. Kadang-kadang tak sempat pun nak siapkan apa yang patut. Then dua hari berturut-turut ni jugak aku gigihkan diri drive dari Seremban ke Shah Alam. Hari Sabtu ada kenduri anak ex-schoolmate emak aku kahwin dekat Dewan Sirim. Hari ahad pulak, dengan mata ngantok-ngantok aku pergi kelas pulak dekat Uitm. Adoiyai boleh dikatakan satu hari ni aku tak fokus langsung apa lecturer ajar.

Nak tanyalah, korang pernah pergi Trick Museum dekat I-city tuh tak ? Kalau dah pergi tuh, baguslah sebab aku nak bagitahu, hari sabtu lepas wedding hari tuh, barulah aku terhegeh-hegeh nak pergi sana. Nampak sangat ketinggalan zaman kan. Pusing punya pusing, nasib baiklah jumpa museum ni dekat mana. Tuh pun lepas aku terpaksa bayar tol seringgit semata-mata nak pusing je pon, then dah tak jumpa sangat, barulah aku dapat call ex-classmate aku si Sab tanya tempat museum ni dekat mana. Nasib baik jumpa. Thanks Sab !

Kalau sesiapa yang tak tahu apa itu Trick Museum. Mehhlah aku nak bagitau. Museum ni adalah tempat untuk bergambar ala-ala 3D punya. Memang dalam museum ni semata-mata lukisan je. So kalau datang sini, silalah bawak kamera ok or kalau tak nak bawak kamera pun, make sure bateri handphone korang full sebab bila dah masuk sini, aku guarantee lah korang akan mengambil masa berjam-jam semata-mata sebab nak bergambar je. So harga tiket dia RM5 per entry. Harga kanak-kanak and dewasa sama je tau. Museum ni betul-betul dekat bangunan I –city tuh. Korang kena cari betul-betul tau.

So lepas dah berpeluh-peluh, berlengas, tudung pun dah jadi senget benget, mehh lah aku nak tempek kan serba sedikit gambar yang kitorang berjaya tangkap masa dalam museum tuh. Kitorang masuk dalam pukul 2.30 petang, keluar dari museum tuh dalam pukul 4.30 petang. So korang bayangkanlah betapa lamanya masa yang diambil semata-mata nak tangkap gambar je. Jom tengok gambar dekat bawah ni :-

DSC06390

Waaa nak jatuh ! Tolong-tolong ! Tapi itu muka budak dua orang ada senyum. Huhuhuhu. Nak jatuh pun tak takut ehh !

DSC06388

Adik turunlah dulu, kaklong ikut dari belakang. Kata kaklong nya yang sangatlah protective terhadap adiknya. Padahal takutkan. Tangga menuju masa depan. Bukan macam pintu suka hati cerita Doraemon ehh !

IMG_1809

Adik naik dulu adik. Kak long tak boleh naik, kaklong pakai kain ni. Cepat adik ! Tangga menuju kejayaan ok. Sesiapa yang nak dapat diploma dan degree dalam masa yang sangat express, jangan segan-segan nak cuba tangga ni. Saya dah ! Anda bila lagi? Ehh tetibe kan.

DSC06393

Adik lembu tuh lagi besar dari adik tau ! Action je lebih adik ni .

DSC06396

Hembus kuat-kuat sebab nak belon sama besar macam adik.

IMG_1812

Cari pasal dengan aku kan monyet ! Kau ingat aku pakai kain aku tak boleh kapak pokok ke. Nantilah kau tunggu.

IMG_1820

Alah nak pinjam sebiji telur buat scramble egg pun tak boleh. Cemas lah kau !

IMG_1813

Ehhh baiknya anak gajah tuh bagi angah cuci tangan dekat situ ehh !

IMG_1824

Anyonyo manjanya zirafah ni. Makan kenyang-kenyang ehhh !

IMG_1826

Adik cepat ! Cabut gigi dia sebatang. For sure dinosaur ni akan berhenti kejar kita !

IMG_1829

Ehhh adik sejak bila kita tumbuh sayap ni. Ni mesti sebab kita berdua banyak makan chicken wings kan. Ehhh ! Tapi ni burung punya sayap ni.

IMG_1833

Adik tolong kak long ! Ada buaya nak makan kak long. Ni bukan buaya tembaga tau, ni buaya betul-betul.

IMG_1837

Ingat dekat Terengganu je ke boleh tengok penyu. Dekat Shah Alam pun bolehlah ! Emosi terlebih.

IMG_1840

Adik cepat ambil duit tuh. Sotong ni nak buat apa entah duit tuh. Gile ehh ! Dekat laut mana ada kedai runcit.

IMG_1842

Menyusahkan orang betul ! Dahlah basahkan rumah kita. Kita pulak yang kena tahan dia dari jatuh !

IMG_1845

Mehhh aku tolong mehh ! Kau bilas, aku tolong simbahkan air. Inilah namanya kerjasama.

IMG_1846

Cakap apa adik dekat makcik tuh ? Terima kasih makcik, nanti adik basuh cawan makcik ni ehh ! Huhuhuhu.

IMG_1847

Kesian adik, dorang tengok je buah tuh jatuhkan. Bukan nak tolong. Tau makan je !

IMG_1849

Kot ye pun makcik ni nak ajar anak dia siram pokok bunga. Jangan lah siram dekat aku woiii !

IMG_1858

Aiyoook adik ! Dia dah marah dekat adik. Tuhlah sapa suruh pecahkan cermin dia.

IMG_1861

Ni ke awek adik yang adik cakap dekat kak long tuh ? Tapi jap-jap ! Adik nak bawak dia lari pergi mana?

IMG_1862

Ok Imran kaklong dah tau dah ! Nanti lepas SPM bolehlah part-time kerja ni ok. Duit pun dapat, susu lembu pun dapat. Kan2

IMG_1866

Bestnya duduk dekat tengah-tengah laut ni kan. Betul-betul ombak rindu lah !

IMG_1869

Lari adik ! Zomba dah kejar kita ! Zomba zomba !! Zombie lah woi.

IMG_1870

Welcome to I-city yawww !

IMG_1867

Adik ! Cuba kalau pegang tuh ikhlas sikit. Dah senget-senget dah tuh !

DSC06411

Kau dengki aku dapat kahwin dengan anak raja. terus kau nak bunuh aku kan ! Help !!

IMG_1854

Cepat adik kutip duit tuh ! Nanti pergi beli tikam telur tau. Pakcik kayoo !

DSC06415

Adik !! Zomba dah kejar kak long lah pulak !! Ahhhhh

Phewww ! Gigih gile kot aku tempek satu-satu gambar siap dengan captionnya sekali. Tapi apa pun memang best lah wei pergi sana. Aku ni satu family dah gile gambar. Harga nak masuk pun murah. Memang best gile lah. Sesiapa yang tak pernah pergi tuh, pergilah tau ! Menyesal kalau korang tak pergi. Oklah wei dah ngantoklah.

Bye !