Sunday, April 22, 2012

Kehidupan bekerja yang mengasyikkan ! (Part 1)

Assalammualaikum !

Weehhhuuuu ~ Dengan secara tiba-tiba rasa macam rajin pulak nak taip-menaip malam ni. Aku bagi amaran awal-awal ok. Entry ni maybe panjang berjela sikit. So kalau malas nak baca, boleh terus button x kat atas tuh ehhh. Then maybe entry ni sedikit banyak gambar perasan diri cantik. So kepada sesiap yang allergic tengok gambar macam ni, sila-silalah mengundurkan diri. Cheeeewaah ! Over sangat. Macam lah ada orang nak baca blog kau kan !

Actually benda ni semua dah lama pun berlaku. Saja je aku nak luangkan masa cerita benda yang da lapuk. Lagipun sekarang ni aku betul-betul tak ada idea nak story pasal apa. So better lah aku cerita pasal kehidupan aku sebagai orang bekerja. Nak sambung belajar lambat lagi. So jadilah wanita bekerjaya dulu. Huhuhu.

Dah dah jom kita start. Sesiapa yang pernah kerja dekat hotel, mesti sedia maklum every year akan ada annual dinner. Walau macam mana busy pun kerja kau tuh, nak tak nak still kena involve dengan aktiviti macam ni. Time ni lah baru nak jumpa semua orang. Macam aku yang budak finance ni, memang asyik memerap dalam office je, so masa annual dinner ni lah nak beramah mesra dengan department lain. Then masa annual this year aku kena masuk tarian. So masa balik kerja, aku cerita dekat emak aku, memang gelak tak hengat lah kan emak aku tuh bila aku cerita pasal yang aku masuk menari. Sengal betul. Bukan nak support, gelak kan aku adalah.

Dalindareen8365

Kak balqis, bibie, aku !

Kitorang semua kena buat tarian hindustan. Follow pulak lagu chammak chalo yang Shah Rukh Khan nyanyi dalam cerita Ra-One tuh. Memang semput-semput lah kan aku menari. Gigih habislah ! Setiap petang, habis je kerja pukul 6 petang tuh, terus pergi training room. Memang gigih tak hengat lah kan !

Dalindareen8369

Feeling-feeling nak jadi pelakon hindustan lah kan. Memang jauh sangat lah kan. Masa ni memang semua dah semangat lah nak buat performance. Siap dah test baju lagi. Then masa training pun pakai. Pakai kain pun jadilah kan. Excited punya pasal.

Dalindareen8392

Yeahhh ! Kak Ayu cantik. Time ni kitorang tengah tunggu untuk di make up kan. Sementara tuh aku tangkap-tangkap gambar kakak kesayangan aku ni kejap. Boleh dikatakan kalau dekat office tuh, memang geng aku nak buat lawak dengan kak Ayu ni lah. Maybe sebab dia je yang sanggup layan aku kot. Huhuhu ! Lagi satu kan, serius suka dengan dress kak Ayu ni. Ala-ala princess. Huhuhu

DSC03322

Yeahhh ! Dah siap make up. Terima kasih ye kepada Make up artis ye wahai kak Yati gojessss ! Memang gojess je masing-masing tau. Bila dah habis mekap-mekap, tangkap gambar dalam toilet adalah perkara biasa bagi aku dengan kakak kesayangan aku lagi sorang ni, kak Balqis !

Dalindareen8404

Budak-budak lelaki pun sama jugak siap dalam bilik. Tapi nak dimaklumkan, diorang siap-siap lepas kitorang semua dah habis mekap-mekap. Aku kena bagitahu awal-awal, kot- kot ada pulak timbul isu-isu yang tak elok. Oppsss ! Budak lelaki dua orang dalam gambar ni, si Zaidi dengan Darius, part yang paling kelakar time aku nak bubuh celak dekat mata Zaidi. Dah macam apa je bila air mata mengalir dengan derasnya. Konon hensem lah tuh abang Darius !

Dah sia-siap mekap semua, kitorang pun turun dekat ballroom. Masa tuh, tak payah nak cakaplah kan dup dap dup dap dia macam mana kan. Nak makan pun macam tak ada selera je. Rugi gile kot tak makan banyak-banyak. Semuanya sedap-sedap tau !

429968_406336179382622_100000187299069_1803736_641303155_n

Ni jelah kot satu-satunya gambar masa kitorang menari. Memang tak ada langsung lah gambar dalam handphone masa kitorang menari. Masing-masing busy time tuh kan. Turun je stage, memang lega habis lah. The best part is, performnace kitorang dapat nombor satu. Memang berbaloi sangatlah kan lepas dah kena gelak dengan emak aku.

417011_406619169354323_100000187299069_1804957_1793938315_n

Cuba korang tengok, sikit je kan makanan dalam pinggan aku tuh kan ! Uwaaa menyesal tak ambil banyak-banyak. Turun je stage, aku dengan kak balqis terus serbu tempat makanan. Tapi yang sedihnya, semua dah habis. Sob sob !

421295_406334546049452_100000187299069_1803730_1026159082_n

Kita menang ! Memang excited tak hengatlah time ni kan. Huhuhu. Memang salah satu moment yang masuk dalam list kenangan paling manis lah annual dinner tahun ni. Even tak dapat lucky prize, tapi puas hati sebab group performance aku menang. Thanks untu trainer kitorang kak Yati kat depan tuh, yang pakai baju warna pink sambil tunjuk gigi dia yang gojess. Errkkk gigi pun gojes ehh kak Yati.

Oklah nanti yang part 2, nanti-nanti lah aku sambung ehhh. Nak tidur lah sebab esok pun dah kena kerja. Bermulalah rutin harian yang busy teramat !

Oklah bye !

Semakin ramai anak buah yang lahir, semakin ramailah yang akan panggil saya Mak Long ! =)

Assalammualaikum !

Dengan secara tiba-tiba aku tengok header baru dekat atas ni terlebih over. Walawehh ! Inilah jadinya bila tak ada kerja cari kerja. Edit pun malas-malas je sebab segala penat lelah aku seharian dekat photoshop tak berbaloi langsung. Yelah mana tak nya, siap je satu header, then rasa tak cantik, delete balik. Tuh je lah kerja aku dari pagi tadi sampailah sekarang. Ok tipu ! Tadi aku stop kejap sebab nak tengok cerekarama dekat TV3. Hehe.

Disebabkan dah terlampau penat and fed up yang teramat, aku masukkan je lah header yang tak rupa header macam kat atas ni. Over sangat wei ! Lantaklah. Esok kalau aku rajin, aku bukak lah photoshop tuh. Tuh pun kalau aku rajin. Sekarang ni kita cerita pasal kalau ok ! Dah lah panjang sangat pulak mukadimahnya.

Actually benda ni dah lama dah pun. Minggu lepas kalau tak silap. Masa ni mak aku dengan suara lemah-lembut nya, ajak lah aku tengok anak cousin aku yang lebih dikenali sebagai kak lang dekat hospital KPJ. Saja leeteeww nak suruh along jadi driver mak kan. Huhuhu ! So disebabkan aku free yang terama, aku follow je lah cakap mak aku.

Seriously, aku macam tak biasa sangat dengan hospital Kpj ni. Kalau GH tuh aku biasalah. Cuba try test tanya aku ceruk mana je, gerenti lah semua aku tahu. Gile berlagak kan. Tapi bila dekat hospital kpj ni, aku tak boleh nak berlagak sangat. Disebabkan tak biasa punya pasal, sampai sesat jugaklah aku dekat dalam kpj tuh. Aiishhh ! Kalau nak masuk wad pun siap ada button, baru boleh bukak pintu dia. Aku baru tahu ok ! Jangan nak gelakkan aku. Puaslah aku tolak-tolak pintu tuh. Nasib baiklah dapat tengok baby comel yang ramai tau dalam wad tuh. Sejuk sikit hati aku.

Dalindareen8519

Anynyo comelnya anak buah aunty ni tau ! Umur 22 tahun aku dah ada anak buah yang ramai ok. Siaplah bila diorang dah besar ni, mahunya sorang-sorang datang dekat aku tuntut duit raya nanti. Dah lah anak zaman moden. Entah-entah duit yang 10 hengget tuh pun dia tak pandang.

Dalindareen8520

Jangan tertipu ok ! Gambar dekat atas ni still baby yang sama dengan gambar yang lagi satu tuh. Actually ni baby first kak lang aku. Tuh yang rasa macam excited nak tengok. Excited punya pasal sampaikan nama dia pun aku tak ingat. Takpelah, nanti balik kampung aku tanyalah nama dia balik. Hehehe !

Lepas dah sok sek sok sek dengan kak lang aku, emak aku pun mintak izin nak balik. Kenapa sok sek sok sek ehh ? Yelah dah namanya hospital so kenalah cakap bisik-bisik. Ok aku tipu sebab masa dalam wad tuh selamba je aku gelak kuat-kuat dengan kak lang aku tuh. Saja je taip sok sek sok sek untuk bagi effect real sikit. Boleh ? Hahaha !

Gambar kak lang aku tak boleh nak di publish kan sebab gambar dia sedikit censored lah kan. Yelah mana tak censored nya, masa kak lang aku tuh tengah susukan baby lah baru aku rajin nak tangkap gambar. Hehehe. Tapi tak apa, sebab aku akan gantikan dengan gambar Aunty Long. Wei over sangat ok !

Dalindareen8516

Bukti kebahagiaan yang teramat sebab duduk dekat rumah. Malas nak cakap apa-apa. Ok bye !