Monday, March 14, 2011

Sengal Zone : Idola Blogger !

Assalammualaikum !

Tadi dok godek-godek semua belog yang ada dekat tepi sidebar aku ni. Sekali terbukak pulak belog Sengal Zone ! Aku memang suka baca belog mamat handsome ni sebab dia banyak anjurkan macam-macam segmen. Kira macam contest jugaklah. Tapi dia buat segmen tuh memang kreatif gile lah bagi aku. Sebenarnya aku tak pernah pun join semua segmen-segmen yang belog Sengal Zone ni anjurkan. So for the first time aku nak join lah. Mana lah tahu nasib menyebelahi aku. Aku join segmen Idola Blogger and nak tempek mamat handsome Sengal Zone punya logo. Kalau nak join boleh klik logo bawah ni ok.

Print

Bila dah join, kena jawab semua soalan yang belog Sengal Zone bagi ok. Antaranya ialah :-

Siapa Idola korang dalam blog ni ?

Idola aku semestinya seorang insan yang cantik, comel and gorgeous. Siapa lagi kalau bukan Fatin Liyana.

DSC03372

Alolo comelnya dia ! Ekk motif.

Kenapa diorang menjadi Idola korang?

Kenapa ehh aku jadikan Fatin Liyana ni sebagai idola dalam dunia blogging ni ehh ? Sebabnya, mula-mula aku nak buat belog yang tak semanggah ni. First person yang belog nya dibaca oleh aku ialah Fatin Liyana ni. Masa tuh aku ingat lagi, dia punya belog tak adalah banyak berpuluh-puluh ribu macam sekarang ni. Tapi dalam ribu-ribu jugaklah. Masa tuh jugak aku dah start suka tengok muka dia sebab muka dia comel and cantik sangat. Aku bukan lesbo ok ! So apa-apa aku akan rujuk dulu belog Fatin Liyana ni.

So aku jadikan dia idola aku sebabnya dengan entry dia yang bersahaja tuh. Dia dapat tarik ramai orang nak baca belog dia. Ditambah pula dengan pakej muka yang comel and cantik tuh, lagilah buatkan orang tertarik nak baca belog dia. Daripada situ aku dah dapat belajar, macam mana nak jadi seorang blogger yang baik, belajar cara-cara nak mekap dengan tutorial yang dia letak dekat belog dia, kenal setiap jenis nama shawl yang ada dekat pasaran and yang paling penting, aku tahu nak manage diet aku bila aku baca belog Fatin Liyana ni. Yelah dia kan bakal doktor yang hot !

Lagi satu kan, dia ni satu negeri dengan aku. Dekat mana lagi kalau bukan Negeri Sembilan. Rumah aku pun bolehlah jugak dekat dengan aku. Dia Dekat Sikamat, Seremban. Aku pulak dekat Paroi, Seremban. Dekatlah tuh kan ! Aku pun dah pernah tengok dia secara live even dapat tengok dari jauh je tapi dia memang betul-betul gorgeous bila dekat luar. So Fatin Liyana ni dah jadi macam inspirasi and idola aku untuk bergaya dengan fesyen-fesyen yang terbaru. So aku berharap aku akan jadi blogger yang berjaya macam dia jugak.

Link blog Idola korang !

Aku rasa kalau aku tak letak link belog dia pun,semua orang dah tahu kot. Tapi aku still nak tempek jugak link dia.

Tekan Sini – Pergi ke belog Fatin Liyana

Oklah selesai sudah. Bebboiii !

Kesian dengan Twitter aku. Sentiasa di anak tiri kan. Yelah dah aku asyik melayan Facebook je.

Assalammualaikum !

Buang tebiat ke apa update pagi-pagi buta sekarang ni kan. Semuanya kerana aku dah terlebih tidur siang tadi punya pasal. Nak buat macam mana kan. Perut yang penuh dengan mihun sup buatan sendiri buatkan mata aku stim-stim semacam. Macam mana lah kau nak kurus ni Areen oiit ! Orang nak kurus pergi bersenam. Kau pergi tidur pulak. Hei ! Aku bersenam apa. Lelapkan mata, menggeliat, menguap, berdengkur. Kira exercise lah jugak tuh kan. Ekk motif nak merepek !

Tadi aku pergilah bantai godek-godek semua website yang aku dah bookmark kan. Then termasuk lah dekat Twitter aku yang memang dah berabad aku tak update. Bukannya apa. Aku ni bukanlah kaki update status. Setiap masa setiap jam and setiap saat dok tweet or update status. Even dekat Facebook pun aku fikir banyak kali nak update status, takut tersalah cakap or whatsoever.

Sekali aku tengok follower aku dah bertambah-tambah. Aku pun tak tahulah dekat mana datangnya. Maybe hasil berblogging ni kot. Tapi aku tak pernah pulak nak mention Twitter aku dekat sini. Confuse betul lah ! Wei Areen, kira bersyukur lah ada orang nak follow kau tau. Dari tak ada orang nak follow kau. Tak ke rasa macam syok sendiri je bila tweet status baru ? Ok ok terima kasih lah kepada sesiapa yang follow aku dekat twitter tuh ehh. Memang aku nak ucapkan terima kasih sangat-sangat. So kepada sesiapa yang nak follow aku dekat Twitter. Mehh sini aku nak bagi link Twitter aku. Nanti boleh kita borak-borak kan. Motif nak paksa orang follow kan ! Tak wei, aku tak paksa pun. It’s up to you all lah nak follow ke tidak. Kalau nak follow, terima kasih banyak-banyak. Kalau tak nak follow, mak tak kisah nyah !

So klik dekat bawah ni kalau nak follow Twitter aku ok. Tuh sajalah entry untuk malam ni. Ye aku tahu entry ni tak ada motif pun sebenarnya. Entry ni just untuk mengisi masa lapang aku yang keboringan ni.

* Tekan Sini - Pergi ke Twitter Areen *

Dalindareen5541

Peace Not War !

Bebboiii !