Thursday, November 18, 2010

Entry menggedik untuk hari ini !

 

Assalammualaikum!

Untitled

Kuang hajo kan kawan aku ni..hahaha! Aku saja je lah update status macam ni then di komennya macam ni. Orang yang betul-betul kenal aku je yang aku akan terima bila dia cakap aku gedik. Orang yang tak kenal aku, tengok diri ko sendirilah sebelum nak cakap aku gedik kan. Huh! Emo sekejap. Entah kenapa entah asyik nak emosi je aku hari ni. Maybe sebab aku baru dapat tahu yang boipren aku sakit kot. Sedih sangat aku rasa, macam nak pakai pintu suka hati yang doraemon punya. Terus ada depan boipren aku. Penatlah taip laju-laju and takda mood pun sebenarnya nak menaip. Just aku nak yang aku sangat merindui Muhamad Fazrul Hisham bin Zainol Rasid. Fuhh..semput aku sebut nama dia panjang-panjang. Tipu je areen, ko menaip je bukannya sebut laju-laju pon.

Dalindareen4912

Sekian entry menggedik saya untuk hari ini. Bebboii..

Dating Untuk Makan??

Assalammualaikum!

First, aku nak cakap selamat hari ghaye aidiladha! Aku benci betul kalau time raya or open house. Yelah masa tu mesti nafsu aku mebuak-buak nak rasa semua makanan yang ada. Macam esok dah takda makanan dah kat dunia ni so misi ko kena rasa jugak semua makanan yang ada kat depan mata kau arini. Lepas tu heboh menyesal sebab dah termakan banyak. Ter.. ok. Tu yang tak tahan. Lepas tu puas merungut badan dah naik and berazam macam-macam lah masa dalam bilik air or sebelum tidur konon-kononnya lepas ni dah tak nak makan nasi, nak makan buah je and minum air suam. Lepas tu dengan secara tiba-tiba terbau mak masak ikan masin dengan telur dadar. Terus berdessup keluar bilik ambil pinggan and tambah nasi berkali-kali. Kalau boleh nak letak lauk dalam periuk nasi. Terus makan dari periuk. Baru feel orang kata kan..hahaha!

ENOUGH wei! Apa kau merepek ni?!!

Aku kan ada satu habit tau. Kalu nak keluar dating mesti aku fikir dulu nak makan apa hari ni, dekat mana nak makan. Bukannya nak fikir nak pakai baju apa, nak mekap macam mana, nak buat apa ngan boipren aku nanti. Kira takda langsunglah. Mesti yang aku fikirkan makan..makan..dan makan. Mana taknya boipren aku yang aku kenal dari semester 1 punya lah cekeding tapi disebabkan ada awek yang tersangatlah kuat makan, boipren aku dah jadi macam ala-ala Garfield gumuk yang cute miut tu.

Dalindareen2365 

See..see..kan aku dah cakap macam garfield dah dia. Dulu masa mula-mula aku ajar makan sushi, punyalah kata wekk tak boleh terimalah, tak pedas lah, apa rasa macam tapai basi ni. Gila apa kata macam tapai basi. Sedap tau sushi ni kalau kita makan betul-betul. Tapi disebabkan pengaruh awek dia ni yang kuat sangat terhadap makanan-makanan eksotik..err eksotik ke? Boipren aku sekarang ni kalau nampak mana-mana kedai Sushi especially Shibaraku or Sushi King mesti nak singgah. Dah mengalahkan aku dah kempunannya kalau tak dapat. Gambar dekat atas ni masa kita orang makan dekat Sushi Boat kat Dataran Pahlawan. Melayang jugaklah duit aku. Eh bukan, duit boipren aku..hahaha!

Dalindareen2950

Tengoklah sebab pelahap sangat sampaikan comot nak mampus mulut and muka aku. Boipren aku pun sengal, suka nak tangkap gambar aku time aku buruk-buruk. Bukannya nak tangkap time aku cantik pun. Kadang-kadang tu kan rasa macam dah boring tau makan dekat melaka ni. Semua tempat kitorang dah rasa. Bila dah macam betul-betul tak tau nak makan kat mana kan, KFC or Mcd juga yang jadi pilihan terakhir. Bayangkanlah betapa kuatnya makan kitorang ni sampai semua tempat makan kat Melaka ni kitorang dah try tau.

Dalindareen3057

Lepas tu kan aku tak taulah Cool Blog dekat Melaka ni bagi jampi apa kat boipren aku sampaikan setiap kali pergi dating dekat bandar Melaka mesti nak beli Cool Blog ni. Aku yang kadang-kadang macam muak ni, ikutkan je dia nak beli apa. Yelah sebabnya bukan duit aku yang keluar pun. So orang dah nak belanja, kita terima je lah kan. Bak kata pepatah, Orang memberi kita merasa. Bila dah ada dekat depan Cool blog ni mulalah aku dengan dia macam tak tentu arah pilih macam-macam. Tapi selalunya yang jadi minuman utama aku perisa oreo, yang boipren aku pula perisa cokolat. Sebut betul-betul sambil buat muka comel..CO-KO-LAT..huhu.

Dalindareen3071

Aku kalau pergi dating HARUS pergi kedai mamak okies! Rasa macam tak lengkap per-dating-an aku bila tak pergi kedai mamak tau. Lepas tu mesti nak order Megi goreng tambah pulak dengan ayam goreng dia. Fuhh..bila teringat megi goreng dia. Dengan secara tiba-tiba aku boleh pengsan! Bleyy..hahaha. Kesian boipren aku dapat aku kan. Yelah nak layan kerenah awek dia yang tersangat lah kuat makan ya rabbi. Mesti boipren aku takut nak kawin dengan aku kan, yelah nanti mesti bankrap bila dah kawin dengan aku. Kerja aku asyik nak makan je.

Dalindareen3062

Haa! kan aku dah cakap yang boipren aku tak boleh terima kenyataan sebab dia akan bankrap bila dah kawin dengan aku nanti. Hei you! jangan risaulah ok sebab i kikis duit you beli benda yang berfaedah tau. Bukannya beli handbag yang beribu raban tuh! Takpe masa dating je i kikis duit u nanti dah kawin i simpan kad bank u pula. Senang i nak keluarkan duit u kan sayang..hahaha.

Dalindareen3523

Kadang-kadang tu aku kesian kat boipren aku. Yelah sebabkan aku dia jadi comel macam garfield gituu! Kadang-kadang aku ada cakap juga kat dia yang aku rasa bersalah sangat sebab ajak dia makan and rasa semua makanan yang ada. Tapi boipren aku ni baik. Bila aku dah cakap macam tu, secepuukk..aiskrim kon mcd dia bagi kat. Sebabnya nak suruh aku diam and tak cakap benda-benda yang merepek lagi. I love u lah!

Dalindareen4898

Sian boipren aku tau, setiap kali keluar dengan aku mesti duit dia habis beratus-ratus. Bukan aku tak nak belanja dia tapi setiap kali aku nak belanja mesti dia tak nak. Katanya malu sebab guna duit perempuan. So dah kau cakap macam tu kan, aku apalagi. Manggunakan sebanyak mungkin duit yang diberi dengan membeli pelbagai jenis makanan yang sangat-sangatlah sedap. 

Dalindareen4924

Nak katakan, macam-macam aku akan beli and semuanya adalah makanan. Bagi aku dating itu untuk makan. Tak taulah, memang dah set mind macam tu so setiap kali nak dating mesti aku rasa lapar padahal pagi tadi dah bedal mihun goreng dengan bergedil. Lepas tu lagi satu masalah, aku ni setiap kali makan mesti takkan habis makanan aku tuh. So terpaksalah boipren aku makan makanan aku and sebab tuhlah jugak salah satu faktor yang dia jadi comel lote tuh..hahaha!

Dalindareen4927

Setiap kali beli makanan mesti nak beli sorang satu. Takdalah macam couple-couple lain yang sebok nak share makanan and last-last lapar..hahaha. Kesian boipren aku, dahlah kena bawakkan beg aku, lepas tu dia belanja aku. Motif !! nak kesian pulak kan..huhu. Tapi apa pun aku memang suka sangat keluar dengan boipren aku ni sebab dia ikut je apa yang aku nak. Dia pun murah hati and kaya sebab tuh dia suka belanja aku. Aku memang sukalah dengan boipren aku ni. Oklah dah panjang lebar aku merepet, beebboiii!!!

notakaki :

sebenarnya tulis entry ni dalam keadaan yang tak boleh terima hakikat sebab mak sedara aku semua cakap badan aku dah tembam..haiyo0o! Frusttt !! Lepas ni tak nak makan nasi lah..!